4. Raja Hanun menangkap para utusan Raja Daud, lalu mencukur janggut mereka, memotong pakaian mereka sependek punggung, kemudian menyuruh mereka pergi.
5. Para utusan itu sangat malu untuk pulang. Apabila hal itu diberitahukan kepada Raja Daud, baginda mengirim pesan supaya utusan-utusan itu tinggal di Yerikho sehingga janggut mereka tumbuh semula.
6. Kemudian Raja Hanun dan orang Amon sedar bahawa mereka telah menjadikan Raja Daud musuh mereka. Oleh itu mereka membayar 34,000 kilogram perak untuk menyewa kereta kuda dan pemandu-pemandu dari Hulu Mesopotamia, dan juga dari Maakha dan Zoba di negeri Siria.
7. Kereta kuda sebanyak 32,000 buah yang disewa mereka itu, serta tentera raja Maakha datang berkhemah dekat Medeba. Orang Amon juga keluar dari semua kota mereka dan bersedia untuk berperang.
8. Apabila Raja Daud mendengar perkara itu, baginda menyuruh Yoab dengan segenap angkatan tentera supaya maju melawan musuh.
9. Orang Amon keluar dan mengatur tentera mereka di hadapan pintu gerbang Raba, ibu kota mereka; sedangkan raja-raja yang datang untuk membantu mereka, mengatur tentera mereka di padang.