1 Tawarikh 16:29-36 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

29. Pujilah nama TUHAN yang mulia;bawalah persembahan dan masuklah ke dalam kediaman-Nya.Bersujudlah di hadapan TUHANapabila Dia muncul;

30. gementarlah di hadapan-Nya, hai seluruh bumi!Bumi dikukuhkan dan tidak dapat digoncang.

31. Bersukacitalah, hai bumi dan langit!Beritahulah bangsa-bangsa bahawa TUHAN itu Raja.

32. Berderulah, hai laut, dan segala isimu!Bergembiralah, hai ladang-ladang, dan segala tanamanmu!

33. Pokok-pokok di hutan akan bersorak kegirangan,apabila TUHAN datang untuk memerintah bumi.

34. Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik;kasih-Nya kekal abadi.

35. Katakanlah kepada-Nya, “Ya Allah, Penyelamat kami,selamatkanlah kami daripada kekuasaan bangsa-bangsa.Kumpulkanlah kamisupaya kami dapat bersyukurdan memuji nama-Mu yang suci!”

36. Pujilah TUHAN, Allah Israel!Pujilah Dia sekarang dan selama-lamanya!Kemudian semua orang Israel berkata, “Amin”, dan mereka memuji TUHAN.

1 Tawarikh 16