14. TUHAN ialah Allah kita;perintah-Nya untuk seluruh dunia.
15. Jangan lupakan perjanjian-Nyayang berlaku untuk selama-lamanya,
16. perjanjian yang dibuat-Nya dengan Abraham,dan janji-Nya dengan Ishak,
17. lalu dikekalkan dengan Yakub,menjadi perjanjian abadi bagi umat Israel.
18. Dia berfirman, “Aku akan memberi kamu negeri Kanaan,untuk menjadi milik pusaka kamu.”
19. Dahulu umat Allah kecil bilangannya,mereka hidup sebagai orang asing di negeri Kanaan.
20. Mereka mengembara dari negeri ke negeri,dari sebuah kerajaan ke sebuah kerajaan.
21. Tetapi Allah tidak membiarkan sesiapa pun menindas mereka,kerana mereka, Dia memberikan amaran kepada raja-raja.
22. Dia berfirman, “Jangan ganggu hamba-hamba pilihan-Ku;jangan cederakan nabi-nabi-Ku!”
23. Nyanyikanlah lagu untuk TUHAN, hai segenap bumi!Pada setiap hari siarkanlah berita baikbahawa Dia telah menyelamatkan kita.
24. Isytiharkanlah keagungan-Nya kepada bangsa-bangsa,dan perbuatan-Nya yang mengagumkan umat manusia.
25. TUHAN itu agung, dan mesti dipuji setinggi-tingginya;Dia mesti dihormati lebih daripada semua dewa.
26. Dewa-dewa bangsa lain hanya patung berhala,tetapi TUHAN mencipta angkasa raya.
27. Kemuliaan dan keagungan mengelilingi Dia,tempat kediaman-Nya dipenuhi kuasa dan kegembiraan.
28. Hai semua orang di bumi, pujilah TUHAN!Pujilah keagungan dan keperkasaan-Nya.
29. Pujilah nama TUHAN yang mulia;bawalah persembahan dan masuklah ke dalam kediaman-Nya.Bersujudlah di hadapan TUHANapabila Dia muncul;
30. gementarlah di hadapan-Nya, hai seluruh bumi!Bumi dikukuhkan dan tidak dapat digoncang.
31. Bersukacitalah, hai bumi dan langit!Beritahulah bangsa-bangsa bahawa TUHAN itu Raja.