1 Tawarikh 15:1-3 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Raja Daud membina beberapa buah rumah di Kota Daud untuk dirinya. Baginda juga menyediakan tempat bagi Tabut Perjanjian Allah dan memasang khemah bagi Tabut itu.

2. Kemudian Raja Daud bertitah, “Hanya orang Lewi yang boleh memikul Tabut Perjanjian Allah, kerana mereka yang dipilih oleh TUHAN untuk memikul Tabut Perjanjian TUHAN dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya selama-lamanya.”

3. Oleh itu Raja Daud memanggil semua orang Israel datang ke Yerusalem untuk memindahkan Tabut Perjanjian TUHAN ke tempat yang telah disediakannya.

17-21. Daripada puak-puak penyanyi, mereka memilih orang yang berikut untuk memainkan simbal tembaga kuning: Heman anak Yoel, sanaknya yang bernama Asaf anak Berekhya, serta Etan anak Kusaya daripada puak Merari. Untuk mengiringi mereka serta memainkan kecapi yang bernada tinggi, orang Lewi yang berikut dipilih: Zakharia, Yaaziel, Semiramot, Yehiel, Uni, Eliab, Maaseya, dan Benaya.Untuk memainkan kecapi yang bernada rendah, orang Lewi yang berikut dipilih: Matica, Elifele, Mikneya, Azazya, dan Obed-Edom dan Yeiel, dua orang yang mengawal tempat Tabut Perjanjian.

23-24. Berekhya dan Elkana, bersama-sama Obed-Edom dan Yehia dipilih menjadi pengawal Tabut Perjanjian Allah. Para imam, iaitu Sebanya, Yosafat, Netaneel, Amasai, Zakharia, Benaya, dan Eliezer dipilih untuk meniup trompet di hadapan Tabut Perjanjian.

1 Tawarikh 15