1 Tawarikh 14:15-17 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

15. Apabila engkau mendengar bunyi derap di atas pokok-pokok itu, lancarkanlah serangan, kerana Aku akan berjalan mendahului kamu untuk mengalahkan tentera Filistin.”

16. Raja Daud menurut perintah Allah kepadanya. Raja Daud dan pasukannya memukul mundur orang Filistin, bermula dari Gibeon sampai ke Gezer.

17. Oleh itu nama Raja Daud termasyhur ke merata tempat, dan TUHAN menyebabkan semua bangsa takut kepada Raja Daud.

1 Tawarikh 14