1. Orang Filistin berperang melawan orang Israel di Gunung Gilboa. Banyak orang Israel terbunuh di situ, dan yang lain, termasuk Raja Saul dan putera-puteranya, melarikan diri.
2. Tetapi orang Filistin mengejar mereka lalu membunuh tiga orang putera Raja Saul, iaitu Yonatan, Abinadab, dan Malkisua.
3. Pertempuran sangat sengit di sekitar Raja Saul, dan baginda cedera kerana kena anak panah musuh.