25. Selepas itu mereka pergi dari tempat ibadat lalu masuk ke kota. Saul diberikan tempat tidur di atas bumbung rumah,
26. lalu dia tidur di situ.Apabila fajar menyingsing, Samuel memanggil Saul yang berada di atas bumbung rumah, “Bangunlah,” katanya. “Saya hendak menghantar kamu pergi.” Saul bangun, lalu berangkat bersama-sama Samuel.
27. Ketika mereka sampai di pinggir kota, Samuel berkata kepada Saul, “Suruhlah hambamu berjalan dahulu.” Kemudian hamba itu pergi, dan Samuel berkata lagi, “Berhentilah di sini sebentar. Aku hendak memberitahukan firman Allah kepadamu.”