1 Samuel 8:19-22 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

19. Umat Israel tidak mahu menghiraukan kata-kata Samuel, malahan mereka berkata, “Biarlah! Kami tetap mahukan seorang raja.

20. Kami mahu menjadi seperti bangsa-bangsa lain. Raja kami akan memerintah kami dan memimpin kami dalam peperangan.”

21. Samuel mendengar segala kata-kata mereka, lalu memberitahukannya kepada TUHAN.

22. TUHAN menjawab, “Kabulkanlah permintaan mereka. Lantiklah seorang raja bagi mereka.” Setelah itu Samuel menyuruh semua orang Israel pulang ke rumah masing-masing.

1 Samuel 8