1. Kemudian penduduk Kiryat-Yearim mengambil Tabut Perjanjian TUHAN dan membawanya ke rumah seorang yang bernama Abinadab; rumah itu terletak di atas bukit. Mereka mentahbiskan Eleazar anak Abinadab untuk menjaga Tabut Perjanjian.
2. Lama juga Tabut Perjanjian TUHAN berada di Kiryat-Yearim, kira-kira dua puluh tahun. Selama itu segenap umat Israel berseru minta tolong kepada TUHAN.
3. Samuel berkata kepada umat Israel, “Jika kamu hendak kembali kepada TUHAN dan menyembah Dia dengan sepenuh hati, buanglah semua dewa asing dan patung-patung Dewi Asytoret. Serahkanlah diri kamu sepenuhnya kepada TUHAN dan mengabdilah kepada Dia sahaja. Barulah Dia akan membebaskan kamu daripada kuasa orang Filistin.”
4. Oleh itu umat Israel membuang patung-patung Dewa Baal dan Dewi Asytoret, lalu menyembah TUHAN sahaja.