1 Samuel 6:19-21 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

19. TUHAN membunuh tujuh puluh orang penduduk Bet-Semes kerana mereka melihat ke dalam Tabut Perjanjian. Oleh itu, penduduk kota berkabung kerana TUHAN menimpakan malapetaka yang sangat dahsyat kepada mereka.

20. Penduduk Bet-Semes berkata, “Siapakah yang sanggup menghadap TUHAN, Allah yang suci? Ke manakah harus kita hantarkan Dia supaya jauh daripada kita?”

21. Mereka mengutus beberapa orang supaya memberitahu penduduk Kiryat-Yearim, “Orang Filistin sudah mengembalikan Tabut Perjanjian TUHAN. Datanglah untuk mengambil Tabut itu.”

1 Samuel 6