1 Samuel 26:9-11 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

9. Tetapi Daud berkata, “Janganlah kauapa-apakan baginda! Tentu TUHAN akan menghukum orang yang berbuat jahat kepada raja yang dipilih-Nya.

10. Demi TUHAN yang hidup, aku tahu bahawa TUHAN sendiri akan membunuh Raja Saul, sama ada oleh kematian biasa ketika akhir hayatnya sudah sampai, ataupun disebabkan oleh peperangan.

11. Kiranya TUHAN mencegah aku membunuh raja yang dipilih-Nya! Kita ambil tombak dan kendinya saja, lalu pergi dari sini!”

1 Samuel 26