1 Samuel 26:4-7 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

4. Oleh itu dia mengirim beberapa orang pengintip. Lalu dia diberitahu bahawa memang benar Raja Saul berada di sana.

5. Dengan segera Daud pergi ke perkhemahan Raja Saul, dan mendapati khemah tempat Raja Saul tidur dekat Abner anak Ner, panglima tentera. Khemah Raja Saul itu terletak di tengah-tengah dan tenteranya berkhemah di sekelilingnya.

6. Kemudian Daud bertanya kepada Ahimelekh orang Het itu, dan kepada Abisai saudara Yoab, (ibu mereka ialah Zeruya), “Siapa yang berani masuk ke dalam perkhemahan Raja Saul bersama dengan aku?”“Saya,” jawab Abisai.

7. Pada malam itu Daud dan Abisai menyelinap ke dalam perkhemahan Raja Saul, lalu melihat Raja Saul sedang tidur di tengah-tengah perkhemahan. Tombak Raja Saul tertancap di tanah dekat kepalanya. Abner dan pasukannya tidur di sekeliling Raja Saul.

1 Samuel 26