1 Samuel 23:2-6 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

2. Oleh itu dia bertanya kepada TUHAN, “Haruskah aku pergi menyerang orang Filistin?”“Ya,” jawab TUHAN. “Seranglah mereka dan selamatkanlah penduduk Kehila.”

3. Tetapi anak buah Daud berkata kepadanya, “Sedangkan di sini, di Yehuda, kita sudah ketakutan, apalagi kalau kita pergi ke Kehila dan menyerang orang Filistin!”

4. Oleh itu Daud bertanya lagi kepada TUHAN, dan TUHAN menjawab, “Pergilah dan seranglah kota Kehila, kerana Aku akan memberi engkau kemenangan terhadap orang Filistin.”

5. Kemudian Daud dan anak buahnya pergi ke Kehila lalu menyerang orang Filistin. Mereka membunuh banyak orang Filistin dan merampas ternakan mereka. Demikianlah Daud menyelamatkan penduduk kota itu.

6. Pada masa Abyatar anak Ahimelekh lari kepada Daud, dan menyertai Daud ke Kehila, dia juga membawa efod.

1 Samuel 23