19. Jika lusa pun engkau tidak hadir, pasti engkau dicari. Oleh itu pergilah ke tempat persembunyianmu yang dahulu, lalu bersembunyilah di belakang timbunan batu di situ.
20. Lusa aku akan memanah tiga kali ke arah timbunan batu itu, seolah-olah timbunan itu suatu sasaran.
21. Kemudian aku akan menyuruh hambaku mencari anak panah itu. Jika aku berkata kepadanya, ‘Lihatlah, anak panah itu lebih dekat lagi ke mari, ambillah,’ itu bermakna bahawa engkau selamat dan boleh keluar. Aku bersumpah demi TUHAN yang hidup bahawa engkau tidak dalam bahaya apa pun.
22. Tetapi jika aku berkata kepada hambaku, ‘Anak panah itu lebih jauh lagi ke sana,’ itu bermakna bahawa TUHAN menyuruh engkau pergi; oleh itu pergilah.