31. Dengarlah, akan tiba masanya Aku membunuh semua orang lelaki daripada keluarga dan puakmu, sehingga tiada seorang lelaki pun daripada keluargamu yang akan hidup sampai usia lanjut.
32. Engkau akan sedih dan iri hati melihat segala berkat yang akan Kuberikan kepada orang lain di Israel, sedangkan dalam keluargamu sendiri semua orang akan mati muda.
33. Namun, seorang daripada keturunanmu akan Kubiarkan hidup, dan dia akan mengabdi kepada-Ku sebagai imam. Tetapi dia akan menjadi buta dan hidup dengan putus asa. Semua keturunanmu yang lain akan dibunuh dengan kejam.
34. Apabila kedua-dua orang anakmu, Hofni dan Pinehas, meninggal pada hari yang sama, barulah engkau sedar bahawa semua yang Aku firmankan ini akan benar-benar berlaku.