3. Pergilah serang orang Amalek, binasakanlah mereka dan hancurkanlah segala yang ada pada mereka. Jangan tinggalkan sesuatu apa pun. Bunuhlah semua lelaki, perempuan, kanak-kanak, bayi, lembu, domba, unta, dan keldai.”
4. Kemudian Raja Saul mengumpulkan tenteranya dan menghitung mereka di Telaim; ada dua ratus ribu orang askar dari Israel dan sepuluh ribu orang askar dari Yehuda.
5. Selepas itu Raja Saul membawa tentera itu ke kota orang Amalek, dan mengadang musuh di dasar sungai yang kering.
6. Raja Saul mengirim amaran kepada orang Keni, “Berangkatlah dan tinggalkanlah orang Amalek, supaya kamu tidak terbunuh bersama-sama mereka. Dahulu nenek moyang kamu berlaku baik terhadap umat Israel, ketika umat Israel datang dari Mesir.” Maka orang Keni meninggalkan tempat itu.