21. Beberapa orang Ibrani yang tinggal di daerah orang Filistin dan yang sudah mengikut tentera mereka, bertukar haluan semula lalu bergabung dengan Raja Saul dan Yonatan.
22. Orang Israel yang bersembunyi di perbukitan Efraim juga mendengar bahawa orang Filistin sudah lari, lalu mereka ikut bergabung dengan Raja Saul dan menyerang orang Filistin.
23. Orang Israel bertempur sepanjang jalan sampai melintasi Bet-Awen. TUHAN menyelamatkan Israel pada hari itu.