1 Samuel 12:22-25 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

22. TUHAN sudah bersumpah bahawa Dia tidak akan meninggalkan kamu, kerana Dia sudah mengambil keputusan untuk menjadikan kamu umat-Nya sendiri.

23. Bagi diriku, berdosalah aku terhadap TUHAN jika aku tidak lagi berdoa untuk kamu; semoga TUHAN menghindarkan dosa itu daripadaku. Sebaliknya aku akan terus mengajar kamu hal-hal yang baik dan yang benar.

24. Taatilah TUHAN dan abdikan diri kepada-Nya dengan setia dan dengan sepenuh hati. Ingatlah akan perbuatan besar yang sudah dilakukan-Nya untuk kamu.

25. Tetapi jika kamu terus-menerus berdosa, kamu dan raja kamu akan binasa.”

1 Samuel 12