14. Berbahagialah kamu jika kamu menghormati TUHAN, mengabdi kepada-Nya, dan mendengarkan serta mentaati perintah-Nya, dan jika kamu serta raja kamu tetap setia kepada TUHAN Allah kamu.
15. Tetapi jika kamu tidak mendengarkan TUHAN, malahan melawan perintah-Nya, tentu kamu dan raja kamu akan ditentang oleh TUHAN.
16. Sekarang, dengarlah baik-baik! Perhatikanlah keajaiban yang akan dilakukan TUHAN di depan mata kamu.
17. Sekarang musim kemarau, bukan? Tetapi aku akan berdoa, lalu TUHAN akan menurunkan guruh dan hujan sebagai jawapan doaku. Apabila perkara itu berlaku, kamu akan sedar betapa besarnya dosa kamu terhadap TUHAN kerana minta seorang raja.”