1 Raja-Raja 4:15-28 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

15. Ahimaas suami Basmat, puteri Raja Salomo: wilayah Naftali

16. Baana anak Husai: kawasan Asyer dan kota Alot

17. Yosafat anak Paruah: wilayah Isakhar

18. Simei anak Ela: wilayah Benyamin

19. Geber anak Uri: kawasan Gilead, yang pernah dikuasai oleh Raja Sihon, raja Amori itu dan Raja Og dari Basan.Selain dua belas orang pegawai daerah itu, seorang pegawai daerah juga dilantik bagi wilayah Yehuda.

20. Penduduk Yehuda dan Israel sangat banyak, sebanyak pasir di pinggir laut. Mereka mempunyai cukup makanan dan minuman, serta hidup senang.

21. Kerajaan Raja Salomo meliputi semua negeri dari Sungai Efrat sampai ke Filistea dan sempadan negeri Mesir. Penguasa negeri-negeri itu membayar ufti kepada Raja Salomo, dan mereka takluk kepada baginda sepanjang hayatnya.

22. Bahan makanan yang diperlukan oleh Raja Salomo pada tiap-tiap hari ialah 5,000 liter tepung halus dan 10,000 liter tepung kasar,

23. 10 ekor lembu kandang, 20 ekor lembu padang, dan 100 ekor domba, selain rusa, kijang, rusa dandi, dan unggas.

24. Raja Salomo menguasai seluruh tanah di sebelah barat Sungai Efrat, dari Tifsah di Sungai Efrat sampai sejauh kota Gaza di sebelah barat. Semua raja di sebelah barat Sungai Efrat takluk kepada Raja Salomo, dan baginda bersahabat dengan semua negeri jiran.

25. Selama hayat Raja Salomo, penduduk di seluruh Yehuda dan Israel hidup dengan tenteram, tiap-tiap keluarga mempunyai ladang anggur dan kebun ara.

26. Raja Salomo mempunyai 40,000 buah kandang untuk kuda yang menarik kereta kuda, dan 12,000 ekor kuda bagi pasukan berkuda.

27. Dua belas orang pegawai daerahnya, masing-masing bertanggungjawab terhadap makanan yang diperlukan oleh Raja Salomo dan semua orang yang makan di istananya. Para pegawai daerah itu bertanggungjawab pada bulan-bulan yang telah ditentukan bagi mereka. Mereka sentiasa menyediakan semuanya dengan secukupnya.

28. Tiap-tiap pegawai daerah juga menyediakan barli dan jerami untuk kuda tunggangan dan kuda yang menarik kereta kuda, di mana sahaja makanan haiwan diperlukan.

1 Raja-Raja 4