1 Raja-Raja 2:43-46 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

43. Mengapakah engkau mungkir janji dan melanggar perintah beta?

44. Engkau tentu tahu akan segala kesalahanmu terhadap Raja Daud, ayahanda beta. Sekarang TUHAN akan menghukum engkau kerana perbuatanmu itu.

45. Tetapi Dia akan memberkati beta dan mengukuhkan kerajaan Raja Daud selama-lamanya.”

46. Selepas itu Raja Salomo memerintahkan Benaya supaya pergi membunuh Simei. Kini Raja Salomo berkuasa penuh dalam kerajaan baginda.

1 Raja-Raja 2