1 Raja-Raja 12:1-3 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Rehabeam pergi ke Sikhem, kerana semua suku di bahagian utara telah berkumpul di sana untuk melantik dia menjadi raja.

2. Apabila Yerobeam anak Nebat mendengar berita itu, dia berangkat dari Mesir. Dahulu Yerobeam telah pergi ke Mesir kerana dia melarikan diri daripada Raja Salomo.

3. Suku-suku di utara memanggil Yerobeam, lalu dia bersama dengan mereka menghadap Raja Rehabeam dan berkata kepada baginda,

13-14. Raja tidak mempedulikan nasihat para orang tua itu. Sebaliknya, baginda menurut nasihat orang muda lalu bertitah kepada rakyat dengan kasar, “Ayahanda beta memberi kamu beban yang berat, tetapi beta akan memberi kamu beban yang lebih berat. Ayahanda beta menyebat kamu dengan cambuk, tetapi beta akan menyebat kamu dengan cambuk yang berduri besi!”

26-27. Baginda berfikir, “Dalam keadaan sekarang ini, jika rakyat beta pergi ke Yerusalem untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN di Rumah TUHAN, kesetiaan mereka akan beralih kepada Raja Rehabeam di Yehuda, lalu mereka akan membunuh beta.”

1 Raja-Raja 12