8. Inilah kesimpulannya: Hendaklah kamu semua seia sekata dan seperasaan. Hendaklah kamu saling mengasihi seperti orang yang bersaudara, dan hendaklah kamu saling berbelas kasihan dan bersikap rendah hati.
9. Janganlah balas kejahatan dengan kejahatan, atau cercaan dengan cercaan; sebaliknya balaslah kejahatan dengan berkat daripada Allah. Kamu harus berbuat demikian kerana Allah menjanjikan berkat, ketika Dia memanggil kamu.
10. Di dalam Alkitab tertulis,“Sesiapa yang hendak menikmati hidupdan yang ingin mengalami masa yang baik,tidak boleh memfitnah orangdan tidak boleh berdusta.
11. Dia tidak boleh melakukan kejahatan lagi, tetapi berbuat baik;dia harus berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mendapat perdamaian.
12. Berbuatlah demikian,kerana Tuhan sentiasa memperhatikan orang yang melakukan kehendak-Nya,Dia sentiasa mendengarkan doa mereka;tetapi Tuhan menentang orang yang melakukan kejahatan.”
13. Siapakah akan menyusahkan kamu jika kamu ingin sekali berbuat baik?
14. Tetapi meskipun kamu harus menanggung penderitaan kerana melakukan perkara yang baik, kamu berbahagia! Janganlah takut akan sesiapa pun dan janganlah khuatir.