1. Oleh itu, buanglah segala kejahatan daripada diri kamu. Janganlah berdusta lagi dan janganlah berpura-pura. Janganlah iri hati dan janganlah fitnah orang.
2. Hendaklah kamu menjadi seperti bayi yang baru lahir, yang sentiasa haus akan susu rohani yang murni. Dengan meminumnya kamu akan membesar dan diselamatkan.
3. Di dalam Alkitab tertulis, “Kamu sendiri sudah mengalami kebaikan Tuhan.”
4. Datanglah kepada Tuhan. Dia bagaikan batu yang hidup, batu yang dibuang oleh manusia kerana dianggap tidak berguna, tetapi yang dipilih oleh Allah kerana dianggap berharga.