21. “Tak mungkin orang yang mampu menyelamatkan Israel gugur!”
22. Kisah-kisah lainnya tentang Yudas, semua pertempurannya, tindakan kepahlawanannya dan jasa-jasanya yang besar, tidak tercatat semuanya kerana terlalu banyak untuk ditulis.
23. Selepas Yudas meninggal, orang Yahudi yang tidak mengendahkan hukum muncul lagi di seluruh daerah Israel dan semua orang jahat juga kembali.
24. Pada masa itu negeri itu dilanda kebuluran hebat, dan rakyat mula memihak kepada kumpulan orang jahat itu.
25. Bakhides sendiri memilih dan mengangkat beberapa orang Yahudi yang derhaka untuk memimpin negeri itu.
26. Sahabat-sahabat Yudas dibawa menghadap Bakhides, dan dia menghukum dan mencemuh mereka.
27. Masa itu penuh kesulitan bagi Israel, sesuatu yang belum pernah dialami oleh mereka sejak nabi-nabi tidak muncul lagi di kalangan mereka.
28. Kemudian sahabat-sahabat Yudas berkumpul dan berkata kepada Yonatan,
29. “Sejak Yudas abangmu meninggal, tak ada orang seperti dia yang memimpin kita melawan musuh-musuh kita dan Bakhides serta semua orang yang memusuhi bangsa kita.
30. Jadi hari ini engkau kami pilih menjadi pengganti Yudas sebagai penguasa kami untuk memimpin kami berperang.”
31. Hari itu juga Yonatan menerima tugas menjadi pemimpin menggantikan abangnya.
32. Apabila Bakhides mendengar bahawa Yonatan sudah dijadikan pemimpin, dia berusaha untuk membunuhnya.
33. Maksud Bakhides itu ketahuan, lalu Yonatan dan Simon abangnya serta anak buahnya melarikan diri ke padang gurun Tekoa dan berkhemah dekat kolam Asfar. (
34. Bakhides mendengar hal itu pada hari Sabat, lalu dia dan seluruh tenteranya menyeberang Sungai Yordan.)
35. Yohanes abang Yonatan mengurus perlengkapan mereka yang banyak sekali. Dia diutus kepada orang Nabatai sahabat mereka, untuk meminta izin mengamanahkan barang-barang itu.
36. Tetapi Yohanes diserang dan ditawan oleh orang Yambri dari Madeba, dan semua barangnya dibawa lari.
37. Beberapa waktu kemudian Yonatan dan Simon mendengar bahawa orang Yambri akan merayakan suatu pesta perkahwinan secara besar-besaran. Mereka mahu menjemput pengantin wanita dari kota Nadabat dengan banyak pengiring. Pengantin wanita itu anak seorang Kanaan yang terkemuka.