1 Makabe 9:1-8 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Raja Demetrius mendengar bahawa Nikanor dan tenteranya sudah binasa. Lalu sekali lagi baginda mengirim Bakhides dan Alkimus ke negeri Yudea, bersama dengan tentera Siria.

2. Mereka melalui jalan menuju ke kota Gilgal, lalu mengepung dan menawan kota Maisalot di daerah Arbela dan membunuh banyak orang.

3. Dalam bulan satu tahun 152 mereka berkhemah dekat Yerusalem.

4. Dari situ mereka menuju ke Berea dengan 20,000 orang pasukan tentera berjalan kaki dan 2,000 orang pasukan berkuda.

5. Sementara itu Yudas berkhemah di Elasa dengan 3,000 orang askar pilihan.

6. Tetapi apabila melihat pasukan musuh yang sangat besar itu, mereka sangat ketakutan. Banyak tentera Yahudi menghilangkan diri dari perkhemahan, sehingga tinggal 800 orang askar sahaja.

7. Yudas melihat bahawa tenteranya semakin berkurangan, sedangkan pertempuran sudah hampir bermula. Hatinya cemas kerana tidak ada cukup masa untuk mengumpulkan mereka semula.

8. Meskipun berkecil hati, dia berkata kepada anak buahnya yang masih ada, “Marilah kita bersiap menyerang musuh. Mungkin kita masih dapat mengalahkan mereka.”

1 Makabe 9