1. Yudas telah mendengar perihal orang Roma dan kuasa tentera mereka yang terkenal itu. Siapa sahaja yang datang bergabung dengan mereka diterima dengan baik dan ditawarkan pakatan persahabatan.
2. Yudas juga mendengar tentang peperangan dan kepahlawanan orang Roma terhadap orang di daerah Perancis yang ditakluk dan dipaksa membayar cukai.
3. Juga diceritakan kepadanya apa yang dilakukan oleh orang Roma di daerah Sepanyol untuk merebut lombong emas dan perak di sana.