1. Dalam tahun 151 Demetrius putera Seleukus berangkat dari kota Roma. Bersama dengan beberapa orang, baginda mendarat di sebuah kota di pantai Laut Tengah, dan di situ baginda menabalkan diri menjadi raja.
2. Ketika baginda masuk ke istana nenek moyang baginda, pasukan baginda menangkap Antiokhus yang Kelima dan Lisias dengan maksud membawa mereka kepada Demetrius.
3. Tetapi apabila Demetrius mendengar hal itu, baginda berkata, “Beta tak mahu melihat mereka.”