1 Makabe 6:61-63 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

61. Kemudian raja dan para panglima mengangkat sumpah bahawa mereka akan memegang janji mereka. Oleh itu orang Yahudi keluar dari kubu.

62. Tetapi setelah raja tiba di Bukit Sion dan melihat bahawa kubunya sangat kuat, baginda mengingkari janjinya dan memerintahkan supaya tembok di sekelilingnya dibongkar.

63. Lalu baginda cepat-cepat pulang ke Antiokhia. Baginda mendapati Filipus sudah menguasai kota itu. Raja bertempur melawan Filipus dan menawan kota itu dengan kekerasan.

1 Makabe 6