26. Mereka melaporkan bahawa banyak orang Yahudi terkurung di kota-kota Bozra, Beser, Alema, Kafso, Maked, dan Karnain; semuanya kota besar yang berkubu.
27. Ada lagi orang yang terkurung di kota-kota lain di Gilead. Mereka melaporkan juga bahawa musuh bermaksud mengadakan serangan terhadap kubu-kubu itu pada hari esoknya, dengan harapan dapat menangkap dan menumpas semua orang Yahudi dalam waktu satu hari sahaja.
28. Oleh itu Yudas dan pasukannya segera membelok dan berjalan melalui padang gurun ke Bozra. Kota itu ditawannya dan setiap orang lelaki dibunuh. Sesudah dirampasi, kota itu dibakar sehingga habis.