1 Makabe 5:1-12 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Bangsa-bangsa jiran marah sekali apabila mendengar bahawa orang Yahudi telah mendirikan mazbah dan menyucikan Rumah Tuhan semula.

2. Mereka memutuskan untuk menumpaskan semua orang Yahudi yang tinggal di tengah-tengah mereka. Maka mereka mula membunuh orang Yahudi.

3. Yudas memerangi keturunan Esau di Idumea dekat dengan Akrabatena, kerana mereka terus mengepung orang Israel. Dia mengalahkan mereka lalu menaklukkan dan merampasi mereka.

4. Yudas juga ingat akan kejahatan kaum Baian yang merupakan ancaman bagi bangsa Israel, kerana mereka sering mengadang orang Israel di jalan-jalan.

5. Orang Baian dikurungnya di dalam kubu-kubu mereka. Lalu dia mengepung mereka dan bersumpah akan membinasakan mereka. Kubu-kubu itu dibakarnya berserta semua orang yang ada di dalamnya.

6. Kemudian Yudas mara untuk menyerang orang Amon. Di sana dia menghadapi tentera yang besar dan kuat di bawah pimpinan Timotius.

7. Berkali-kali Yudas bertempur melawan mereka sehingga mengalahkan mereka.

8. Dia merebut kota Yaezer dan kampung-kampung di sekitarnya, lalu kembali ke daerah Yudea.

9. Orang asing yang tinggal di Gilead bersekutu untuk menumpaskan orang Israel yang tinggal di wilayah mereka. Tetapi orang Israel melarikan diri ke kubu Datema,

10-11. dan mengirim sepucuk surat berikut kepada Yudas dan saudara-saudaranya, “Orang asing di sekeliling kami bersekutu di bawah pimpinan Timotius. Kami telah melarikan diri ke kubu Datema. Sekarang mereka bersiap-siap hendak merebut kubu ini dan menumpaskan kami.

12. Banyak antara kami sudah dibunuh. Datanglah untuk membebaskan kami.

1 Makabe 5