1 Makabe 4:52-54-61 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

6. Ketika fajar menyingsing, Yudas bersama 3,000 orang muncul di dataran. Senjata mereka tidak selengkap seperti yang diinginkan oleh mereka.

7. Mereka melihat perkhemahan orang asing yang kuat dan kubu-kubu mereka dikelilingi pasukan berkuda, semuanya orang yang terlatih dalam perang.

8. Tetapi Yudas berkata kepada anak buahnya, “Jangan cemas melihat pasukan mereka yang besar, dan jangan takut kalau mereka menyerang kita.

9. Ingatlah bagaimana nenek moyang kita diselamatkan di Laut Gelagah ketika mereka dikejar oleh raja Mesir dan pasukannya.

52-54. Tarikh dua puluh lima bulan Kislew, iaitu bulan kesembilan, tahun 148 adalah hari ulang tahun mazbah dicemarkan oleh orang asing. Pada hari itu juga, di atas mazbah yang baru, korban yang sesuai dengan Taurat Musa dipersembahkan. Mereka mentahbiskan mazbah yang baru sambil menyanyikan lagu-lagu dengan iringan gambus, kecapi, dan canang.

55. Seluruh rakyat sujud menyembah serta memuji Tuhan yang telah memberi mereka kemenangan.

56. Selama lapan hari mereka merayakan pentahbisan mazbah. Dengan gembira mereka mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati Tuhan, korban untuk memohon berkat Tuhan, dan korban untuk mengucap syukur kepada Tuhan.

57. Bahagian hadapan Rumah Tuhan dihias dengan hiasan emas dan perisai-perisai. Pintu-pintu gerbang dibina semula, bilik-bilik para imam diperbaharui dan pintu-pintunya dipasang.

58. Seluruh rakyat sangat bersukacita kerana penghinaan yang didatangkan oleh orang asing sudah dihapuskan.

59. Lalu Yudas, saudara-saudaranya, dan seluruh rakyat menetapkan bahawa pentahbisan mazbah itu harus dirayakan setiap tahun dengan penuh kegembiraan selama lapan hari, mulai tarikh dua puluh lima bulan Kislew.

60. Kemudian mereka membina tembok-tembok yang tinggi dan menara-menara yang kuat di sekeliling Bukit Sion supaya orang asing tidak dapat masuk dan mencemarkannya lagi.

61. Yudas menempatkan sepasukan askar di situ untuk menjaganya. Dia juga memperkuat kota Bet-Zur supaya orang Israel mempunyai kubu yang menghadap ke Idumea.

1 Makabe 4