2. untuk melakukan serangan tiba-tiba terhadap perkhemahan Yahudi. Mereka dihantar oleh beberapa orang penunjuk jalan dari kubu di Yerusalem.
3. Tetapi Yudas mendengar hal itu, maka dia dan pasukannya berangkat untuk menyerang pasukan raja di Emaus,
4. sementara Gorgias dan pasukannya masih terpencar di luar perkhemahan.
5. Malam itu Gorgias dan pasukannya sampai di perkhemahan Yudas, tetapi mereka tidak mendapati seorang pun di sana. Mereka menyangka Yudas dan anak buahnya sudah melarikan diri. Maka pergilah pasukan Gorgias mencari mereka di pergunungan.
6. Ketika fajar menyingsing, Yudas bersama 3,000 orang muncul di dataran. Senjata mereka tidak selengkap seperti yang diinginkan oleh mereka.
7. Mereka melihat perkhemahan orang asing yang kuat dan kubu-kubu mereka dikelilingi pasukan berkuda, semuanya orang yang terlatih dalam perang.
8. Tetapi Yudas berkata kepada anak buahnya, “Jangan cemas melihat pasukan mereka yang besar, dan jangan takut kalau mereka menyerang kita.
9. Ingatlah bagaimana nenek moyang kita diselamatkan di Laut Gelagah ketika mereka dikejar oleh raja Mesir dan pasukannya.
10. Marilah kita sekarang berseru kepada Tuhan supaya Dia mengasihani kita. Semoga Dia ingat akan perjanjian-Nya dengan nenek moyang kita dan membinasakan pasukan yang kita hadapi hari ini.
11. Maka semua bangsa asing akan tahu bahawa Israel mempunyai Allah yang membebaskan dan menyelamatkan umat-Nya.”
12. Apabila semua orang asing itu melihat Yudas dan anak buahnya datang berperang,
13. mereka keluar dari perkhemahan mereka untuk bertempur. Yudas dan anak buahnya meniup trompet dan
14. mulai berperang. Pasukan asing itu digempur sehingga melarikan diri ke dataran,
15. tetapi mereka yang berjalan di belakang dibinasakan. Orang Israel mengejar musuh hingga sejauh Gezer, dataran Idumea, dan kota-kota Asdod, serta Yamnia. Daripada pihak musuh ada sekitar 3,000 orang yang terbunuh.
16. Apabila Yudas dan pasukannya kembali daripada pengejaran,