1. Gorgias dengan 5,000 orang pasukan tentera berjalan kaki dan 1,000 orang pasukan berkuda yang paling berpengalaman meninggalkan perkhemahan pada waktu malam,
2. untuk melakukan serangan tiba-tiba terhadap perkhemahan Yahudi. Mereka dihantar oleh beberapa orang penunjuk jalan dari kubu di Yerusalem.
3. Tetapi Yudas mendengar hal itu, maka dia dan pasukannya berangkat untuk menyerang pasukan raja di Emaus,
4. sementara Gorgias dan pasukannya masih terpencar di luar perkhemahan.
5. Malam itu Gorgias dan pasukannya sampai di perkhemahan Yudas, tetapi mereka tidak mendapati seorang pun di sana. Mereka menyangka Yudas dan anak buahnya sudah melarikan diri. Maka pergilah pasukan Gorgias mencari mereka di pergunungan.
6. Ketika fajar menyingsing, Yudas bersama 3,000 orang muncul di dataran. Senjata mereka tidak selengkap seperti yang diinginkan oleh mereka.
7. Mereka melihat perkhemahan orang asing yang kuat dan kubu-kubu mereka dikelilingi pasukan berkuda, semuanya orang yang terlatih dalam perang.
8. Tetapi Yudas berkata kepada anak buahnya, “Jangan cemas melihat pasukan mereka yang besar, dan jangan takut kalau mereka menyerang kita.
9. Ingatlah bagaimana nenek moyang kita diselamatkan di Laut Gelagah ketika mereka dikejar oleh raja Mesir dan pasukannya.
17-18. dia berkata kepada anak buahnya, “Jangan serakah mengambil barang jarahan. Gorgias dan pasukannya masih ada dekat pergunungan ini. Kita masih menghadapi pertempuran lain. Kita harus tetap tabah dan berjuang. Sesudah itu kamu dapat mengambil barang jarahan dengan leluasa.”
52-54. Tarikh dua puluh lima bulan Kislew, iaitu bulan kesembilan, tahun 148 adalah hari ulang tahun mazbah dicemarkan oleh orang asing. Pada hari itu juga, di atas mazbah yang baru, korban yang sesuai dengan Taurat Musa dipersembahkan. Mereka mentahbiskan mazbah yang baru sambil menyanyikan lagu-lagu dengan iringan gambus, kecapi, dan canang.