1 Makabe 3:9-17 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

9. Namanya termasyhur hingga ke hujung bumi,kerana dia mengumpulkan orang yang hampir binasa.

10. Kemudian Apolonius membentuk sepasukan tentera gabungan orang asing dengan pasukan besar dari Samaria untuk menyerang bangsa Israel.

11. Apabila mendengar hal itu, Yudas mara ke medan perang, lalu mengalahkan dan membunuh Apolonius. Banyak musuh binasa dan yang lainnya melarikan diri.

12. Barang-barang mereka dirampas. Pedang Apolonius diambil oleh Yudas dan digunakan seumur hidupnya.

13. Seron, panglima angkatan perang Siria, mendengar bahawa Yudas telah mengumpulkan satu pasukan besar, termasuk sekelompok orang setia yang siap bertempur di bawah pimpinannya.

14. Seron berkata, “Namaku akan termasyhur di seluruh kerajaan kalau aku memerangi Yudas dan anak buahnya yang meremehkan perintah raja.”

15. Lalu maralah Seron dibantu oleh sepasukan besar orang jahat yang ingin membalas dendam terhadap Israel.

16. Ketika dia sampai di genting Bet-Horon, Yudas dan sekelompok kecil orangnya mara menghadapinya.

17. Apabila melihat pasukan Seron datang, mereka berkata kepada Yudas, “Bagaimanakah kelompok kita yang sekecil ini dapat memerangi pasukan sebesar dan sekuat itu! Lagipun kita lelah dan belum makan sepanjang hari!”

1 Makabe 3