1. Yudas yang disebut Makabe menggantikan Matatias, bapanya.
2. Dia mendapat sokongan saudara maranya dan semua pengikut bapanya. Dengan bersemangat mereka melanjutkan perjuangan Israel.
3. Yudas menambah kejayaan bangsanya;dia memakai baju zirah laksana raksasa.Dia mengenakan perlengkapan perangnyadan melindungi perkhemahan dengan pedang.
4. Dia bertindak seperti singayang mengaum-aum mencari mangsa.
5. Pelanggar hukum dikejar-kejarnya,dibakarnya semua yang menindas bangsanya.
6. Semua orang jahat kebingungan dan bersembunyikerana takut kepadanya.Demikianlah dia berjayamembebaskan bangsanya.
7. Dia menyebabkan banyak raja sakit hati,tetapi bangsa Israel dijadikannya gembira.Patutlah dia diingati dan dipuji selamanyakerana apa yang telah dilakukannya.
8. Dia menjelajah semua kota Yudeadan membinasakan semua orang jahatserta membebaskan Israel daripada penderitaan yang berat.
9. Namanya termasyhur hingga ke hujung bumi,kerana dia mengumpulkan orang yang hampir binasa.
10. Kemudian Apolonius membentuk sepasukan tentera gabungan orang asing dengan pasukan besar dari Samaria untuk menyerang bangsa Israel.
11. Apabila mendengar hal itu, Yudas mara ke medan perang, lalu mengalahkan dan membunuh Apolonius. Banyak musuh binasa dan yang lainnya melarikan diri.