1 Makabe 2:63-70 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

63. Hari ini mereka mendapat kehormatan besar, tetapi esok mereka lenyap. Badan mereka kembali menjadi tanah dan semua rancangan mereka akan berakhir.

64. Anak-anakku, hendaklah kamu kuat dan gagah berani untuk mempertahankan Taurat, kerana hanya melalui Taurat kamu mendapat kehormatan besar.

65. Saudaramu ini, Simeon, orang yang berbudi. Dengarkan dia selalu seperti kamu mendengar bapamu.

66. Yudas Makabe gagah berani sejak masa muda lagi. Dia akan menjadi panglimamu dan memimpin pertempuran melawan musuh.

67. Himpunlah semua orang yang taat kepada Taurat Allah supaya bergabung dengan kamu, dan maralah untuk membalas kejahatan yang dilakukan terhadap bangsa kita.

68. Hukumlah bangsa-bangsa asing kerana perbuatan mereka. Hendaklah kamu tetap setia kepada peraturan-peraturan Taurat.”

69. Sesudah memberkati anak-anaknya, Matatias meninggal

70. dan dikuburkan di kuburan keluarganya di Modein. Seluruh bangsa Israel menangisi dan meratapi kematiannya. Hal itu terjadi dalam tahun 146.

1 Makabe 2