3. Simon yang disebut Tasi,
4. Yudas yang disebut Makabe,
5. Eleazar yang disebut Avaran, dan Yonatan yang disebut Apfus.
6. Ketika Matatias melihat semua pencemaran yang dilakukan di Yudea dan di Yerusalem,
7. dia berkata,“Celakalah aku ini! Mengapa aku dilahirkanuntuk melihat keruntuhan bangsaku dan kota suci?Haruskah aku diam sajasementara kota itu diserahkan kepada musuhdan Rumah Tuhan jatuh ke tangan orang asing?
8. Rumah Allah seperti orang tanpa kehormatan;
9. perlengkapannya yang indah sudah habis dijarah.Anak-anak kita dibunuh di jalan-jalan,para pemuda kita binasa oleh pedang lawan.
29-30. Pada waktu itu ada banyak orang Israel lain yang ingin memelihara hubungan baik dengan Allah dan mentaati Taurat-Nya. Mereka membawa anak isteri serta ternakan mereka dan melarikan diri ke padang gurun supaya terhindar daripada penganiayaan yang dahsyat.
31. Tidak lama kemudian para pegawai raja dan pasukan di kubu di Yerusalem diberitahu bahawa sejumlah orang yang mengingkari perintah raja telah lari untuk bersembunyi di padang gurun.
32. Lalu satu pasukan besar mengejar dan menjumpai mereka. Mereka berkhemah berhadapan dengan semua orang Yahudi itu dan bersiap-siap untuk menyerang mereka pada hari Sabat.
33. Mereka berteriak kepada orang Yahudi, “Cukuplah sekarang! Keluar! Taatilah perintah raja supaya kamu selamat!”
34. “Tidak!” sahut mereka. “Kami tak mahu keluar untuk mentaati perintah raja. Kami tak mahu melanggar peraturan hari Sabat!”
35. Segera para askar mula menyerang mereka,
36. tetapi orang Yahudi tidak menentang mereka sedikit pun. Mereka tidak melempar lawan mereka dengan batu atau merintang jalan ke tempat-tempat persembunyian mereka.
37. Kata mereka, “Kami semua akan mati dengan hati bersih. Biar langit dan bumi menjadi saksi bahawa kamu membunuh kami dengan tidak adil.”
38. Lalu mereka diserang musuh pada hari Sabat. Lebih kurang seribu orang mati, termasuk lelaki, wanita dan anak-anak berserta ternakan mereka.
39. Apabila mendengar berita itu, Matatias dan kawan-kawannya berasa sangat sedih
40. dan berkata sesama mereka, “Kalau kita semua berbuat seperti saudara-saudara kita dan tak mahu bertempur melawan orang asing untuk mempertahankan nyawa dan agama kita, pasti tak lama lagi kita akan lenyap dari muka bumi.”
41. Pada hari itu mereka memutuskan untuk memberi tentangan apabila mereka diserang pada hari Sabat, supaya mereka tidak mati semua seperti saudara-saudara mereka yang habis dibunuh di tempat persembunyian mereka.