10. Kedaulatan Yerusalem sudah dirampasdan hartanya dirompak oleh segala bangsa.
11. Semua perhiasannya sudah diambil;dia kehilangan kemerdekaannya dan menjadi hamba.
12. Lihatlah tempat suci; segala yang indah dan mulia bagi kitatelah dicemarkan dan dirosakkan oleh orang asing.
13. Jadi apa gunanya hidup bagi kita?”
14. Lalu Matatias dan anak-anaknya mengoyak pakaian mereka kerana sedih dan memakai kain guni tanda berkabung.
15. Para pegawai raja yang ditugaskan untuk memaksa orang Yahudi meninggalkan Allah, datang ke Modein untuk mempersembahkan korban kepada dewa-dewa.
16. Banyak orang Israel datang bertemu dengan mereka. Matatias dan anak-anaknya ikut berkumpul.
17. Para pegawai raja berkata kepada Matatias, “Tuan seorang pemimpin yang besar dan terhormat di kota ini dan disokong oleh anak-anak dan kaum keluarga tuan.
18. Baiklah tuan menjadi orang pertama yang melakukan perintah raja. Semua bangsa lain, penduduk Yudea, serta semua orang yang masih tinggal di Yerusalem sudah melakukannya. Kalau tuan menurut, tuan dan anak-anak tuan akan diberi gelaran ‘Sahabat Raja’ dan dihormati dengan pemberian emas, perak, dan banyak hadiah yang lain.”