7. Dahulu Raja Areios, raja saudara-saudara mengirim surat kepada Onias, Imam Agung kami untuk menyatakan bahawa kedua-dua bangsa kita bersaudara. Salinan surat itu kami lampirkan di sini.
8. Utusan Raja Areios disambut oleh Onias dengan segala hormat, dan surat yang menyatakan perikatan dan persahabatan kita diterima olehnya.
9. Sebenarnya perikatan seperti itu tidak kami perlukan, oleh sebab kami menimba kekuatan kami daripada Alkitab yang ada pada kami.
10. Tetapi kami mencuba mengirim surat ini juga untuk membaharui ikatan persahabatan dan persaudaraan kami dengan saudara-saudara, oleh sebab kami tidak mahu menjadi orang asing kepada saudara-saudara. Lagi pula sudah beberapa tahun berlalu sejak surat yang pertama itu.