3. Maka berangkatlah para utusan itu ke Roma. Mereka menghadap Dewan Negara dan melaporkan bahawa mereka diutus oleh Imam Agung Yonatan dan bangsa Yahudi untuk membaharui persahabatan dan perikatan dengan Roma.
4. Lalu Dewan Negara memberi mereka surat-surat untuk para pembesar di negeri-negeri yang akan dilalui oleh mereka, dengan permintaan supaya mereka dihantar pulang ke negeri Yudea dengan selamat.
5. Inilah salinan surat yang dikirim oleh Yonatan kepada orang Sparta:
6. “Imam Agung Yonatan, Majlis Kaum Tua-Tua, para imam dan seluruh bangsa Yahudi, kepada saudara-saudara kami di Sparta, salam!
7. Dahulu Raja Areios, raja saudara-saudara mengirim surat kepada Onias, Imam Agung kami untuk menyatakan bahawa kedua-dua bangsa kita bersaudara. Salinan surat itu kami lampirkan di sini.
33-34. Sementara itu Simon juga pergi bertempur dan sudah maju hingga ke Askelon dan kubu-kubu di sekitarnya. Dia kemudian membelok dan menuju ke Yope, sebuah kota berkubu, dan menempatkan tentera pendudukan untuk menjaganya kerana dia telah mendengar bahawa penduduk ingin menyerahkan kota berkubu itu kepada pasukan Raja Demetrius.