1 Makabe 12:14-24 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

14. Selama masa peperangan itu kami tidak mahu menyusahkan saudara-saudara atau sekutu dan sahabat-sahabat kami yang lain,

15. oleh sebab kami mendapat bantuan Tuhan. Dialah yang mengalahkan musuh-musuh kami dan menyelamatkan kami daripada mereka.

16. Kami telah memilih Numenius anak Antiokhus serta Antipater anak Yason dan mengutus mereka ke Roma untuk membaharui ikatan persahabatan dan perikatan kami dengan orang Roma.

17. Mereka juga kami utus kepada saudara-saudara untuk menyampaikan salam kami, dan surat ini tentang pembaharuan ikatan persaudaraan kita.

18. Kami mohon saudara-saudara membalasnya.”

19. Inilah salinan surat yang dahulu dikirimkan oleh mereka kepada Onias:

20. “Raja Areios, raja Sparta kepada Imam Agung Onias, salam!

21. Kami telah menemukan sebuah dokumen tentang orang Sparta dan orang Yahudi yang menyatakan bahawa kita bersaudara, dan kedua-dua bangsa kita keturunan Abraham.

22. Sejak kami mengetahui hal itu, kami ingin mendapat khabar tentang keadaan saudara-saudara.

23. Kalau saudara-saudara bersedia membahagi semua harta, ternakan dan tanah saudara-saudara, maka kami menulis bahawa kami bersedia berbuat begitu juga. Kami menyuruh utusan kami memberitahu hal itu kepada saudara-saudara.”

24. Yonatan mendengar bahawa panglima-panglima Raja Demetrius kembali dengan tentera yang lebih besar lagi untuk berperang melawan dia.

1 Makabe 12