1 Makabe 12:10-14 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

10. Tetapi kami mencuba mengirim surat ini juga untuk membaharui ikatan persahabatan dan persaudaraan kami dengan saudara-saudara, oleh sebab kami tidak mahu menjadi orang asing kepada saudara-saudara. Lagi pula sudah beberapa tahun berlalu sejak surat yang pertama itu.

11. Selama ini dari tahun ke tahun, kami ingat akan saudara-saudara pada setiap kesempatan, pada perayaan-perayaan kami dan hari-hari lain waktu kami mempersembahkan korban dan berdoa, seperti selayaknya dilakukan oleh orang yang bersaudara.

12. Kami bergembira kerana kemasyhuran saudara-saudara.

13. Memang kami telah mengalami banyak kesulitan dan peperangan kerana sering kali diserang oleh raja-raja di sekitar kami.

14. Selama masa peperangan itu kami tidak mahu menyusahkan saudara-saudara atau sekutu dan sahabat-sahabat kami yang lain,

1 Makabe 12