1 Makabe 11:67-74 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

67. Sementara itu Yonatan dan pasukannya berkhemah dekat Tasik Genesaret. Pagi-pagi lagi mereka berangkat ke dataran Hazor.

68. Tetapi tentera musuh menghadapi mereka di situ, setelah meninggalkan sejumlah orang di pergunungan untuk mengadang orang Yahudi. Jadi sementara tentera musuh berhadapan dengan Yonatan,

69. semua orang itu keluar dari tempat persembunyian mereka lalu melancarkan serangan.

70. Seluruh tentera Yonatan melarikan diri. Tidak seorang pun yang tinggal, kecuali dua orang panglima pasukan, iaitu Matatias anak Absalom, dan Yudas anak Kalfi.

71. Yonatan mengoyak pakaiannya kerana berasa terpukul, dan sambil merendahkan diri dia berdoa.

72. Lalu dia kembali menyerang musuh dan menghalau mereka sehingga melarikan diri.

73. Apabila melihat hal itu, anak buahnya yang sedang melarikan diri kembali dan ikut mengejar musuh sehingga perkhemahan mereka di Kades, lalu berkhemah di situ.

74. Hari itu lebih kurang 3,000 orang tentera musuh gugur. Lalu Yonatan kembali ke Yerusalem.

1 Makabe 11