58. Bersama dengan itu dikirimnya seperangkat perkakas dan perabot makan yang dibuat daripada emas. Yonatan diberi hak untuk minum dari cawan emas, memakai pakaian kerajaan dan kancing emas, yang hanya dipakai oleh kaum kerabat diraja.
59. Raja juga melantik Simon abang Yonatan menjadi panglima daerah dari perbatasan Lebanon sehingga ke perbatasan Mesir.
60. Kemudian Yonatan dan tenteranya mara melalui daerah Siria Besar dan kota-kotanya, dan semua pasukan Siria bergabung dengannya sebagai sekutu. Dia pergi ke Askelon dan disambut dengan meriah oleh penduduk kota.
61. Dari situ dia pergi ke Gaza, tetapi penduduknya menutup pintu gerbang kota. Maka dikepungnya kota itu, dan daerah di sekitarnya dirampas dan dibakar.
62. Lalu penduduk Gaza mohon damai, dan Yonatan mengadakan perjanjian dengan mereka. Tetapi anak-anak para pemimpin mereka dikirimnya sebagai tawanan ke Yerusalem. Sesudah itu dia melewati negeri itu sehingga ke Damsyik.
63. Yonatan mendengar bahawa para panglima Raja Demetrius dengan tentera yang besar sudah tiba di Kades di Galilea dengan maksud untuk memecatnya.