Raja Demetrius melihat bahawa negeri baginda aman dan tenteram di bawah pemerintahan baginda, dan tidak ada lagi yang memberi perlawanan terhadap baginda. Maka dibubarkannya seluruh tentera baginda. Semua askar disuruh pulang ke rumah masing-masing, kecuali pasukan tentera asing yang diupah dari kepulauan Yunani. Kerana tindakan itu, askar-askar yang bekerja sejak raja-raja yang terdahulu mula membenci Raja Demetrius.