1 Makabe 11:32-35 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

32. Raja Demetrius, kepada Yang Terhormat Bapa Lastenes, salam.

33. Kami telah memutuskan untuk memberi hak-hak istimewa kepada orang Yahudi sebagai balas jasa kerana mereka sahabat kami yang setia dan menepati kewajipan mereka terhadap kami.

34. Kami mengesahkan hak mereka terhadap daerah Yudea dan ketiga-tiga buah daerah, iaitu kota Efraim, Lida, dan Ramataim serta daerah sekitarnya. Ketiga-tiga buah daerah Samaria itu kami tetapkan menjadi satu dengan Yudea. Hal itu akan menguntungkan orang yang membawa persembahan ke Yerusalem, oleh sebab cukai tahunan daripada hasil tanaman dan buah-buahan bukan lagi untuk raja, tetapi untuk Rumah Allah.

35. Mulai hari ini kami juga membebaskan mereka daripada membayar cukai sepersepuluhan, cukai garam, dan semua cukai khas untuk raja.

1 Makabe 11