1 Makabe 10:10-22 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

10. Lalu Yonatan menetap di Yerusalem dan mula membina kota itu semula.

11. Dia memerintahkan para pekerja untuk membina tembok-tembok di sekeliling Bukit Sion dengan batu-batu persegi besar, sehingga bukit itu menjadi kubu. Hal itu dilakukan oleh mereka.

12. Semua orang asing di kubu-kubu yang dibina oleh Bakhides melarikan diri.

13. Masing-masing meninggalkan tempat penjagaannya dan pulang ke negerinya sendiri.

14. Tetapi sejumlah orang Yahudi yang telah meninggalkan peraturan-peraturan Taurat Musa, masih menetap di Bet-Zur, tempat mereka melarikan diri.

15. Sementara itu Raja Aleksander mendengar janji-janji Raja Demetrius kepada Yonatan, juga tentang Yonatan sendiri, tentang pertempuran-pertempurannya, kepahlawanannya serta kesulitan-kesulitan yang dialaminya bersama dengan saudara-saudaranya.

16. Lalu Raja Aleksander bertitah, “Mungkinkah kita menemukan orang seperti dia? Baiklah kita jadikan dia sahabat dan sekutu kita.”

17. Maka ditulisnya sepucuk surat kepada Yonatan. Kandungan surat itu sebagai berikut:

18. “Raja Aleksander kepada Saudara Yonatan, salam!

19. Kami telah mendengar bahawa saudara seorang yang gagah berani dan layak menjadi sahabat raja.

20. Oleh itu pada hari ini kami melantik saudara menjadi Imam Agung daripada bangsa saudara dan memberi gelaran ‘Sahabat Raja’ kepada saudara. Kiranya saudara menjadi sekutu kami dan tetap bersahabat dengan kami.” Raja Aleksander juga mengirim sehelai baju labuh kerajaan dan sebuah mahkota emas kepada Yonatan.

21. Dalam bulan tujuh tahun 160 pada Perayaan Pondok Daun, Yonatan memakai pakaian Imam Agung. Dia membentuk sepasukan tentera dan melengkapinya dengan banyak senjata.

22. Apabila Raja Demetrius mendengar hal itu, baginda sangat sedih dan bertitah,

1 Makabe 10