5-7. Setelah memerintah selama dua belas tahun, Raja Aleksander gering dan berasa kemangkatannya sudah sampai. Maka baginda memanggil para panglima terkemuka yang dididik bersama-sama baginda sejak kecil dan membahagi-bahagikan kerajaan baginda kepada mereka.
48. Mereka dilarang menyunat anak-anak mereka dan disuruh mencemar diri dengan cara apa sahaja,
49. supaya lupa akan Taurat Musa dan meninggalkan adat istiadat.
50. Orang yang melanggar peraturan raja harus dihukum mati.
51. Raja menetapkan peraturan itu bagi seluruh kerajaannya. Baginda melantik pengawas-pengawas di mana-mana dan memerintahkan supaya di setiap kota di Yudea dipersembahkan korban kepada dewa-dewa.
52. Banyak orang Yahudi bersedia meninggalkan Taurat dan mentaati pengawas-pengawas itu. Mereka mencemarkan negeri dengan kejahatan mereka,
53. dan kelakuan mereka memaksa orang Israel yang baik untuk bersembunyi di mana sahaja.
54. Pada tarikh lima belas bulan Kislew tahun 145, Raja Antiokhus menempatkan “Bencana Yang Dahsyat” di atas mazbah di Rumah Tuhan. Di kota-kota di seluruh Yudea didirikan mazbah-mazbah untuk dewa-dewa.
55. Di hadapan pintu rumah-rumah dan di jalan-jalan, pembakaran korban dilakukan.