1 Makabe 1:43-50 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

5-7. Setelah memerintah selama dua belas tahun, Raja Aleksander gering dan berasa kemangkatannya sudah sampai. Maka baginda memanggil para panglima terkemuka yang dididik bersama-sama baginda sejak kecil dan membahagi-bahagikan kerajaan baginda kepada mereka.

43. Antara orang Israel pun banyak yang memeluk agama baginda, dan mempersembahkan korban kepada berhala-berhala serta melanggar peraturan istirahat pada hari Sabat.

44. Raja juga mengirim utusan ke Yerusalem dan ke kota-kota di Yudea dengan surat perintah yang mewajibkan semua orang untuk mengikut adat istiadat asing.

45. Mereka dilarang mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati Tuhan, korban untuk mengucap syukur kepada Tuhan, dan korban wain di Rumah Allah, dan memerintahkan mereka untuk menghapuskan hari Sabat dan semua perayaan,

46. serta mencemar Rumah Allah dan pelayan-pelayannya.

47. Mereka dipaksa membuat mazbah-mazbah dan kuil-kuil tempat pemujaan berhala serta mempersembahkan babi dan binatang haram yang lainnya.

48. Mereka dilarang menyunat anak-anak mereka dan disuruh mencemar diri dengan cara apa sahaja,

49. supaya lupa akan Taurat Musa dan meninggalkan adat istiadat.

50. Orang yang melanggar peraturan raja harus dihukum mati.

1 Makabe 1